Pesanan Ringkas

Sedare.. dengan ni sedare.. :) - Fuyoo Media

Posted by Fuyoo Media on Tuesday, 29 December 2015

Follow Saya Di Facebook.

Saturday, 6 February 2016

Cara-Cara Menentukan Waktu Bermulanya Solat Sunat Dhuha - azamsahar.com

Salah satu cara amalan murah rezeki adalah dengan menunaikan Solat Sunat Dhuha. Secara amnya, kita tahu bahawaSolat Sunat Dhuha boleh dikerjakan setelah matahari mula menaik segalah sehingga condongnya matahari ke arah barat.



Walau bagaimanapun, terdapat cara yang lebih tepat untuk mengetahui bila bermulanya Solat Sunat Dhuha. Pada sesetengah orang, mungkin waktu bermulanya solat ini tidak penting, asalkan dilaksanakan dalam pukul 10 pagi ke atas. Namun, ada juga orang yang hendak mengetahui dengan tepat, agar tidak terlalu awal memulakan Solat Sunat Dhuha ini.


Untuk lebih tepat lagi, waktu Solat Sunat Dhuha boleh dikira berdasarkan ilmu astronomi atau ilmu falak. Cara pengiraan mengikut formula falak ialah seperti berikut:

Contoh Pengiraan:

Waktu Syuruk : 7.11 pagi
Waktu Subuh : 5.48 pagi

Oleh itu, pengiraan waktu Solat Sunat Dhuha bermula:

Waktu Syuruk (7.11) + 1/3 (Waktu Syuruk - Waktu Subuh) (7.11 - 5.48)

= 7.11 + 1/3 (7.11 - 5.48)
= 7.11 + 1/3 (83 minit)
= 7.11 + 27.67 (lebih kurang 28 minit)
= 7.39 Pagi (Waktu bermulanya Solat Sunat Dhuha).

Kita sudah tahu waktu bermula. Bilakah waktu Solat Sunat Dhuha paling afdal dikerjakan dan bilakah ia berakhir?

Waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Sunat Dhuha ialah pada 2/3 masa selepas bermulanya Solat Sunat Dhuhasehinggalah matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.

Harap perkongsian ini bermanfaat :)

Sumber: www.kindhearty.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts