Pesanan Ringkas

Sedare.. dengan ni sedare.. :) - Fuyoo Media

Posted by Fuyoo Media on Tuesday, 29 December 2015

Follow Saya Di Facebook.

Thursday, 30 April 2015

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul - Ramai yang Selalu Tersilap!

Tukar gear auto dengan cara salah boleh 
menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.



Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang 
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, 
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. 
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

KLIK "SHARE" SEKIRANYA INFO INI BERMANFAAT.

Sumber fb : Legacy Secret Trading

Kisah Teguran Seorang 'Aunty' Cina Jutawan Ini Kepada Seorang Bapa Melayu Bakal Mengejutkan Anda.


Nurul ‘Ain sudah tidur. Jam 6.30 pagi tadi kami kejutkan dia, mahu ke SJMC untuk review keputusan darah dan berjumpa doktor pakar kesayangannya. 

Sampai di Hospital berebut parking dan cepat mendaftar. Kami turun makan sekejap dan kembali naik menunggu masa mengambil darah dan menanti keputusan ujian yang mengambil masa lebih kurang satu jam.

‘Ain mula merepek dan berlari-lari ke sana ke mari. Mamanya mula mahu duduk dan saya mengambil baton untuk melayan karenahnya.

Sambil bermain telefon (lihatlah banyaknya saya kemaskini status pagi tadi), saya sekejap-sekejap melihat ‘Ain yang bermain di ruang kecil permainan yang disediakan pihak hospital.
“Itu anak you?” Tanya seorang Aunty berbangsa cina.

“Ya.” Saya hanya senyum sekejap dan kembali melihat telefon.

“You untung, anak you comel.” Beliau mula mahu bersembang dengan saya. Anaknya juga ligat seperti ‘Ain kesana kemari.


Minyak Lintah Trasidi Gunung Asli Memang Power!!
Klik sini Untuk Baca : Klik sini


Saya terus memandang wajah Aunty dan mengharap ayat lain keluar dari mulutnya.

“Itu anak i, you tak tanya pun i nak story. I dapat dia umur i 39. He only child i have. My husband have multi millions company, but i have one the greatest god gift to me.”

“You know, bila husband i balik rumah, i will make sure dia tak pegang handphone. I cakap dengan dia, kita kahwin 15 tahun baru dapat seorang anak lelaki, kita patut syukur. Tuhan bagi duit sampai kubur kita tak cukup besar, tapi Tuhan beri kita anak, kita masih mahu cari duit cari kawan cari senyum sana sini dengan handphone.”

“You, i nasihat satu perkara. Bila dengan anak, dengan family, dengan parents. You letak handphone side. Dont ever bother about facebook anymore. Family ini you tak dapat cari lain sampai bila-bila. Take all the time with them. Please.”

Saya terdiam. Ada rasa lain pula terdetik dalam hati. Yang sebenarnya isteri saya dah banyak kali pesan tentang ini, emak, adik juga keluarga ramai yang dah pernah nasihat. Tapi tak pernah masuk telinga. Ambil nak Tuhan hantar seorang aunty yang berbeza agama, tetapi penuh mesej yang amat berguna. Subhanallah.

Harap-harap saya dapat beri masa sebaiknya dengan keluarga. Amin.

Sumber: debatmalaysia

Harga Minyak Tetap Kekal Bagi Bulan Mei

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi bulan Mei kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada BERNAMA, hari ini.

Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter. 

Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei. - BERNAMA

Copy & Paste Dari  : http://www.bharian.com.my/node/50894



P/s: Saya baca tajuknya agak keliru sikit.. sebab dia tulis bagi bulan mei.. hehe... adakah akan naik selepas PRK nanti? sama2 kita tunggu dan lihat hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts