Pesanan Ringkas

Sedare.. dengan ni sedare.. :) - Fuyoo Media

Posted by Fuyoo Media on Tuesday, 29 December 2015

Follow Saya Di Facebook.

Thursday, 23 January 2014

Malaysia Bakal Jadi Negara 4 Musim Tidak Lama Lagi? Kutub Bumi Kian Menyongsang?

Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.



Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.



Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

sumber: sinarharian, http://amekaw.com

Monday, 20 January 2014

Khasiat Air Rebusan Ubi Keledek

Khasiat Air Rebusan Ubi Keledek


1. Minum sebagai tonik bagi kesihatan perut, limpa, ginjal dan menguatkan badan yang lemah.

2. Mengatasi rasa dahaga semasa demam panas.


3. Air rebusan keledek yang berwarna ungu diminum bagi merawat.

Khasiat Kang Kung

Khasiat Kangkung


1. Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj.
Masukkan sayur kangkung ke dalam masakan bubur, kemudian dimakan. Amalkan selalu. 

2. Penawar batuk. Rebus airnya kemudian minum.

3. Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala..
Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.

4. Rawatan kencing manis. Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.

5. Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak.
Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.

6. Rawatan buasir. Rebus akarnya dan amalkan selalu

Petua Untuk Otak Hebat

Petua Untuk Otak Hebat!! 


1. Dalam badan kita ada satu ciptaan di mana ianya amat hebat sehinggakan mampu menguasai dunia keseluruhannya. Di sinilah terdapatnya segala ilmu, tidak kira yang baik atau tidak. Allah s.w.t. telah ciptakannya untuk kita menerima maklumat,menyimpan dan mengeluarkannya semula serta digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan tidak baik. Inilah yang dikatakan sebagai otak. Otak adalah satu ciptaan Allah yang amat hebat buat manusia,wajib kita mengucapkan syukur. Otak dicipta untuk kita memikirkan kebesaran Allah, ini adalah yang utama.Otak bukan gunanya untuk merosakkan apa jua akan tetapi otak amat berguna untuk kita merasakan kebesaran Allah dan menyimpan ilmu Allah didalamnya.

2. Otak yang baik akan lahir dari manusia yang baik,pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik. Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan yang Maha Esa ini. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.

3. Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen? Salah satunya ialah kerap sakit kepala, cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak. Selain itu, amalkan minum air kosong 8 gelas sehari. Air merupakan pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.

4. Juga amalkan zikir, selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir, otak kita akan memberikan riaksi yang amat baik. Secara rohani dan fizikalnya zikir amat memberikan kesan yang positif.


Jom Sebarkan... 

Sunday, 19 January 2014

Wanita Maut Disengat Lebah

Kereta Ku

Bosan-bosan tak tau nak tulis apa-apa... 

saje kongsi gambar kereta haha..

Kp60 Starlet Kambing... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts