Pesanan Ringkas

Sedare.. dengan ni sedare.. :) - Fuyoo Media

Posted by Fuyoo Media on Tuesday, 29 December 2015

Follow Saya Di Facebook.

Sunday, 16 June 2013

Lima Nenek Kaki Judi Dicekup

Lima nenek kaki judi dicekup


MIRI – Cubaan lima nenek bersama lapan lagi wanita termasuk seorang yang sarat mengandung untuk melarikan diri melalui pintu belakang sebaik rumah yang dijadikan ‘kasino mini’ diserbu polis tidak berhasil apabila kesemua kaki judi itu diberkas di Jalan Piasau Utara, Piasau di sini kelmarin.


Barang Kemas Bernilai 1.5Juta Lesap KLIK SINI

Kesemua wanita berusia antara 24 hingga 63 tahun tersebut dicekup ketika sedang asyik bermain judi daun terup pada pukul 3.30 petang oleh sepasukan polis Miri.

‘Kasino mini’ tersebut telah beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan mereka akan mengunci pintu pagar untuk mengelakkan kegiatan daripada dikesan pihak berkuasa.

Difahamkan, kaki judi akan berkumpul di rumah teres dua tingkat itu pada hujung minggu sahaja dan hanya mereka yang menjadi ahli tetap sahaja dibenarkan masuk.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, rumah itu diintip dua hari sebelum diserbu sebaik pihaknya mendapat maklumat awam.

Sumber : Kosmo! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts