Pesanan Ringkas

Sedare.. dengan ni sedare.. :) - Fuyoo Media

Posted by Fuyoo Media on Tuesday, 29 December 2015

Follow Saya Di Facebook.

Monday, 28 January 2013

PETUA UNTUK PENYEMBUHAN PENYAKIT KENCING MANIS

Petua Perubatan Islam 
Untuk Penyembuhan Kencing Manis




1. Dibaca doa yang didahului dengan Al Fatihah :

Surah Al-Fatihah Ayat 1 – 7

Maksudnya: ”Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Setiap puji pujian hanya kepada Allah tuhan seluruh alam. Yang Maha Pemurah Maha Mengasihani. Yang Menghakimi di hari pertimbangan. KepadaMu aku sembah dan kepadaMu meminta pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan yang Engkau beri nikmat ke atas mereka bukan ke jalan orang orang tidak Engkau lindungi dan bukan ke jalan orang orang yang sesat.”

2. Diikuti membaca doa ini:

”Ya Allah, Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan, kecuali kesembuhannya.”

3. Membaca Selawat:

a. Membaca Selawat Syifa (penyembuhan penyakit)

Maksudnya: “Ya Allah, Berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammbad SAW yang menyembuhkan hati hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan, juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.”

b. Membaca Selawat Tafrijiyyah (Selawat merungkaikan kebuntuan penyakit dan masalah)

Maksudnya: “Ya Allah anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas peghulu kami Nabi Muhammad SAW yang dengan berkatnya terhurai ape yang tersimpul, terlepas dari segala kesusahan juga ditunaikan segala hajat dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya yang mulia, kerahmatan dan kerahmatan yang sempurna. Engkau anugerahkan juga YA Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi Mu.”

4. Senaman dan Pergerakan Khusus

1. Solat Tahjud di jauh malam ialah manifestasi dan meditasi untuk memulihkan penyakit kencing manis.

Boleh membaca doa yang lazim dan di tambahkan dengan doa iaitu permintaan dan harapan anda kepada Allah swt untuk menyembuhkan penyakit itu.

2. Anda disarankan membaca Bismillah 5 seperti berikut:

a. Bismillah hirrahman nir rahim بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ - Dengan nama Allah maha pemurah lagi maha pengasih.

b. Bismillah hirrahman nir rahim بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ - Dengan nama Allah yang menyembuhkan.

c. Bismillah hirrahman nir rahim بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ - Dengan nama Allah yang mencukupi.

d. Bismillah hirrahman nir rahim بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ - Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.

e. Bismillah hirrahman nir rahim بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ - Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.

Petua Tradisional
Untuk Merawat Kencing Manis

Rebus ubi kentang biasa (tanpa garam atau bakar menggunakan ketuhar. Apabila sudah cukup masak hidangkan untuk dimakan (sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi). Ubi kentang bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada di dalam badan. Contohnya, apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, ubi kentang dimasukkan ke dalam kari dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut. Amalkan petua ini selama 2 atau 3 minggu.

PERINGATAN: Dalam mengamalkan atau mengaplikasikan petua-petua yang disebut di sini, perlu diingatkan bahawa jangan terlalu mengharapkan perubahan yang begitu cepat dalam sekelip mata. Berikan sedikit masa pada diri anda untuk menjadi serasi dengan petua yang diamalkan. Dari kesabaran itu akan terbitnya penghasilan yang baik dan berkesan. انشـــــاء الله

FALSAFAH:

“Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan (gundah gulana) dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan. " [Prof. Hamka]


iklan : 
Kami Sedia Membeli Emas Baru,Lama,Patah,rosak Dengan Harga Tertinggi..!! Call Azam 01062752000

Gempar..!! Buaya Terbesar Ditangkap Di Kampung Selang Sarawak

KUCHING - Buaya Bujang Teruntum yang ditangkap di Sungai Teruntum berdekatan rumah rehat Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di sini kelmarin adalah seberat 629 kilogram (kg) berbanding anggaran asal 300kg.


BUAYA Selang yang ditangkap di Sungai Teruntum, Kuching kelmarin bukan sahaja menarik perhatian Abang Muhammad Salahuddin (dua dari kiri) malah isterinya, Norkiah memberanikan diri duduk di atas buaya.
Berikutan berat luar biasa itu, Abang Muhammad Salahuddin menukar gelaran reptilia itu kepada Bujang Selang yang mengambil sempena nama kampung tempat buaya itu ditangkap.

Berat buaya tersebut disahkan oleh pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) yang menimbang reptilia sepanjang lima meter itu setelah ia diangkat oleh sekumpulan 15 lelaki ke atas tebing sungai semalam.

Kerja-kerja menimbang berat buaya itu dilakukan selepas ia dikeluarkan dari sangkar yang memerangkapnya di sungai berkenaan untuk dibawa ke Pusat Perlindungan Hidupan Liar Matang di sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts